Selasa, 20 Mac 2012

SUKAR DAPAT CUTI BERSALIN 90 HARI

CUEPACS terima banyak aduan permohonan guru, jururawat ditolak

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari yang diperuntukkan. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya secara berterusan menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing. Beliau berkata, CUEPACS amat kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka dalam tempoh 90 hari itu.

“CUEPACS mempunyai bukti dan kita bukannya membuat sebarang dakwaan..., ada di antara mereka yang memohon 90 hari cuti tetapi hanya mendapat kelulusan cuti 60 hari, alasan sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan kakitangan untuk ganti mereka.

“Alasan seperti ini tidak boleh diterima kerana ia menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka..., ada segelintir guru dan jururawat tertekan dengan perkara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Yim Pheng berkata, CUEPACS baru-baru ini juga mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan perkara itu.
“Kita tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ketua jabatan yang bertindak mengurangkan tempoh cuti bersalin sedangkan penjawat awam wanita berhak untuk mendapat 90 hari cuti bersalin.

“Oleh demikian, pada pertemuan bersama pihak kementerian itu kita ada membangkitkan perkara ini supaya tindakan sedemikian tidak berulang kembali lagi sehingga memberi tekanan kepada penjawat awam wanita,” katanya yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). 

Kementerian siasat dakwaan guru tak dapat cuti 90 hari


2012/03/20

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan CUEPACS bahawa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor pendidikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari. 

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak seharusnya timbul terutama di kalangan guru kerana peruntukkan cuti bersalin 90 hari adalah hak mereka dan ketua jabatan tidak boleh sewenang-wenangnya menolak atau memotong tempoh cuti berkenaan.
“Isu ini tidak seharusnya timbul kerana apabila guru memohon cuti, pihak sekolah selalunya akan menyediakan guru ganti bagi meneruskan kerja mereka sepanjang tempoh cuti bersalin.
“Kementerian akan menyiasat dakwaan CUEPACS itu bagi menentukan sama ada isu berkenaan benar-benar timbul,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, semalam. 

Kelmarin, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari seperti diperuntukkan. 

Yim Pheng berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing. 

CUEPACS kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka bagi tempoh 90 hari. 
Mohd Puad berkata, kementerian akan menghubungi CUEPACS bagi mendapatkan bukti mengenai dakwaan itu. 

Wanita Diminta Pertahan Hak Dapatkan Cuti Bersalin 90 Hari


KUALA LUMPUR: Wanita yang dinafikan hak mereka untuk mendapat cuti bersalin selama 90 hari perlu melaporkan perkara itu kepada agensi kerajaan yang berkaitan.
Timbalan Ketua Wanita Gerakan Datuk Ng Siew Lai berkata cuti bersalin 90 hari ditetapkan oleh kerajaan dan penyelia atau ketua jabatan tidak mempunyai hak untuk mengabaikan peraturan itu dan menafikan kebajikan petugas wanita mereka.
"Tidak cukup kakitangan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memberikan petugas wanita cuti bersalin 90 hari kerana pengurusan petugas adalah tanggungjawab penyelia dan tiada alasan untuk petugas memikul tanggungjawab pihak pengurusan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Ng mengulas kenyataan setiausaha agung Cuepacs Loke Yim Peng bahawa kesatuan itu menerima banyak aduan daripada wanita terutama mereka yang berkhidmat sebagai guru dan jururawat yang mengatakan mereka hanya diberi kelulusan cuti bersalin selama 60 hari, bukannya 90 hari seperti yang diperuntukkan.
Ng berkata tindakan seumpama itu bukan hanya melanggari hak kebajikan petugas wanita, tetapi ia juga menunjukkan kurang hormat kepada undang-undang dan penyelia seperti itu patut dikenakan tindakan.-BERNAMA

Khamis, 8 Mac 2012

Pembekalan Pakaian Seragam dan Kasut

Pembekalan Pakaian Seragam dan Kasut

Pengumuman YAB PM Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam

Senarai Semakan Penempatan

Senarai Semakan Penempatan

Bil. Tajuk Bil. Penempatan Lihat
1 Penempatan Program Penempatan Wajib (PPW) Bil.1/2012 Bagi Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (Lantikan Baru) 336 B_view
2 Semakan Penempatan Juru X-Ray (Diagnostik) Gred U29 143 B_view
3 Semakan Penempatan Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29 54 B_view
4 Semakan Penempatan Jurupulih Perubatan Carakerja Gred U29 53 B_view
5 Semakan Penempatan Jururawat Masyarakat Gred U19 (Lantikan Baru) 752 B_view
6 Semakan Penempatan Jururawat Pergigian Gred U29 1 B_view
7 Semakan Penempatan Pelatih Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 (Kolej KAA Batu Rakit) 77 B_view
8 Semakan Penempatan Pelatih Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 (KSKB SG. Buloh) 29 B_view
9 Semakan Penempatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 165 B_view
10 Semakan Penempatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 108 B_view

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Sepertimana yg semua sedia maklum tentang siaran langsung di tv lebih kurang jam 10 pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC, berikut adalah ringkasannya tentang Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & Sistem Saraan Malaysia (SSM).
1. SBPA dibatalkan dan SSM ditambahbaik
2. Penubuhan suruhanjaya untuk mengkaji perkhidmatan awam di malaysia
3. Pelarasan gaji berdasarkan matrik SSM
- 13% bagi P&P Gred 1-54
- 9% bagi jawatan utama khas, C, B dan A
- 8% bagi turus III dan II
- 7% bagi turus I dan KSN
4. Bayaran insentif dikekalkan perlaksanaanya
5. Elaun Kola bagi Gred B : RM200 – RM250
6. Elaun Kola bagi Gred C : RM100 – RM150