Pada mesyuarat yang lalu, Pihak kesatuan telah berbincang dengan pihak Etiqa Takaful Insuran supaya dapat mewujudkan satu pelan insuran pelindungan yang dapat memberi perlindungan dan simpanan kepada ahli-ahli kesatuan.
Apa yang membuatkan pihak kesatuan terpanggil untuk menwujudkan satu insuran berkelompok ini kerana pihak kesatuan banyak menerima aduan dan keluh kesah dari ahli-ahli yang selama ini bekerja dalam keadaan sesuasana kerja yang membimbangkan untuk itu pihak kesatuan memandang serius masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kesatuan.
Dengan itu, pihak kesatuan telah sebulat suara besetuju untuk menwujudkan satu insuran perlindungan secara berkelompok dari pihak Etiqa Takaful Insuran. Dengan adanya insuran perlindungan ini, nasib ahli-ahli akan terbela apabila berlakunya sesuatu musibah
Oleh itu, pihak kesatuan menyeru supaya ahli-ahli dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kesatuan dalam usaha menjayakannya,supaya nasib ahli-ahli kesatuan terbela dimasa hadapan.