Isnin, 7 November 2016

KURSUS PEMANTAPAN AHLI BERHAK KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA ANJURAN BERSAMA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA MALAYSIA 2016

Alhamdulillah..Syukur kita ke hadrat illahi kerana Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia telah berjaya mengadakan satu Kursus Pemantapan Ahli Berhak Anjuran Bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia 2016..Kursus telah diadakan dengan jayanya pada 4-6 Nov 2016 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu.


















Sabtu, 29 Oktober 2016

KURSUS PEMANTAPAN AHLI BERHAK KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA ANJURAN BERSAMA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA MALAYSIA TAHUN 2016




Hasil carian imej untuk BUKIT keluang beach resort, besut, terengganu


KURSUS PEMANTAPAN AHLI BERHAK KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN 

PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA ANJURAN BERSAMA JABATAN HAL 

EHWAL KESATUAN SEKERJA MALAYSIA TAHUN 2016



                                     TARIKH: 04 - 06 NOVEMBER 2016

                                     TEMPAT: BUKIT KELUANG BEACH RESORT,
                                                      BESUT, TERENGGANU




Isnin, 24 Oktober 2016

MESYUARAT KHAS MAJLIS KONGRES CUEPACS BIL.6 [ SESI 2013 - 2016 ]

    Yang Di Pertua Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigigian Semenanjung Malaysia Tn.Haji Kamal B. Abu Bakar telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bil.6 [ Sesi 2013-2016 ] yang diadakan pada 18 Oktober 2016 bertempat di Dewan Pekerja, Tingkat 3, Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur.






LAWATAN MUHIBAH YANG DIPERTUA KE DAERAH LARUT MATANG SELAMA, PERAK

    Yang Di Pertua Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia iaitu Tn.Haji Kamal B. Abu Bakar telah membuat satu Lawatan Muhibah ke daerah Larut Matang Selama, Perak. Beliau juga telah melawat beberapa klinik pergigian di daerah itu.












BENGKEL KERTAS KERJA DIPLOMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 1/2016

     Kesatuan Pembantu Pembedahan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan satu Bengkel Kertas Kerja Diploma selama 2 hari pada 16 & 17.09.2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Pergigian Kepala Batas, Pulau Pinang. Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk menambahbaik skim kerja pembantu pembedahan pergigian yang sedia ada ke arah diploma.





















INSURAN PELINDUNGAN KEPADA AHLI YANG DICADANGKAN OLEH KESATUAN

      Pada mesyuarat yang lalu, Pihak kesatuan telah berbincang dengan pihak Etiqa Takaful Insuran supaya dapat mewujudkan satu pelan insuran pelindungan yang dapat memberi perlindungan dan simpanan kepada ahli-ahli kesatuan. 
      Apa yang membuatkan pihak kesatuan terpanggil untuk menwujudkan satu insuran berkelompok ini kerana pihak kesatuan banyak menerima aduan dan keluh kesah dari ahli-ahli yang selama ini bekerja dalam keadaan sesuasana kerja yang membimbangkan untuk itu pihak kesatuan memandang serius masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kesatuan.
      Dengan itu, pihak kesatuan telah sebulat suara besetuju untuk menwujudkan satu insuran perlindungan secara berkelompok dari pihak Etiqa Takaful Insuran. Dengan adanya insuran perlindungan ini, nasib ahli-ahli akan terbela apabila berlakunya sesuatu musibah
      Oleh itu, pihak kesatuan menyeru supaya ahli-ahli dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kesatuan dalam usaha menjayakannya,supaya nasib ahli-ahli kesatuan terbela dimasa hadapan.







Ahad, 23 Oktober 2016

KESATUAN MEMBUAT LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA AHLI YANG MENDAPAT MUSIBAH

Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia telah membuat lawatan dan turut juga membuat sumbangan kepada ahli yang telah mendapat musibah.Ahli tersebut ialah:

  1. Puan Rahimah Binti Yusof yang bertugas di KP Batu Rakit,Terengganu.







         2. Puan Yati Binti Ismail yang bertugas di KP Seberang Takir,Terengganu.






Pihak Kesatuan Berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh Puan Rahimah dan Puan Yati. Dengan rasa rendah diri dan simpati pihak kesatuan mendoakan semoga Allah memberi kesejahteraan serta kesihatan yang baik kepada Puan Rahimah dan Puan Yati...Amin