Isnin, 26 April 2010

MAKLUMAT AM - PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/PerbekalanSkim.asp?id_skim=3325
latihan.moh.gov.my/.../LPP_S3_PembantuPembedahanPergigian.html

CUEPACS MINTA KERAJAAN SEMAK SEMULA GAJI PENJAWAT AWAM

Bernama


15/4/2010
PULAU PINANG, 14 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya menyemak semula gaji penjawat awam.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata kongres itu dalam proses menyiapkan satu memorandum semakan seiring dengan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk mengukuhkan sektor awam."Kami di peringkat akhir bagi menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan kerana kali terakhir kenaikan gaji ialah kira-kira empat tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Kebangsaan Kepimpinan Muda Kesatuan Sekerja Sektor Awam di sini Rabu.Beliau berkata Cuepacs akan menyiapkan memorandum itu untuk diserahkan kepada kerajaan dalam masa sebulan dua ini.Sementara itu, beliau berkata penjawat awam yang memohon bersara pilihan masih boleh memperoleh ganjaran penuh jika mempunyai alasan munasabah bagi menyokong permohonan itu seperti masalah kesihatan selepas persetujuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."JPA telah setuju memberi kelonggaran itu bagi kes tertentu tetapi jika alasan bersara pilihan tidak munasabah, syarat yang ditetapkan dalam pekeliling adalah terpakai," katanya.Mengulas lanjut, Omar berkata penjawat awam yang bercadang bersara awal dan mempunyai alasan kukuh seperti masalah kesihatan ingin selesaikan hutang, boleh mendapat 100 peratus ganjaran."Jika nak bersara tanpa tujuan dan alasan yang kukuh, mereka akan menerima 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi," katanya.Tambahnya, JPA juga memberi jaminan syarat itu hanya berbentuk jangka pendek dan kembali kepada syarat lama apabila keadaan ekonomi negara kembali pulih.Mulai 1 Februari lalu, JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam persekutuan, negeri dan badan berkanun serta kerajaan tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).Antara syarat baru itu, kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus sebelum ini.-- BERNAMA