Kesatuan Pembantu Pembedahan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan satu Bengkel Kertas Kerja Diploma selama 2 hari pada 16 & 17.09.2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Pergigian Kepala Batas, Pulau Pinang. Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk menambahbaik skim kerja pembantu pembedahan pergigian yang sedia ada ke arah diploma.
Isnin, 24 Oktober 2016
INSURAN PELINDUNGAN KEPADA AHLI YANG DICADANGKAN OLEH KESATUAN
Pada mesyuarat yang lalu, Pihak kesatuan telah berbincang dengan pihak Etiqa Takaful Insuran supaya dapat mewujudkan satu pelan insuran pelindungan yang dapat memberi perlindungan dan simpanan kepada ahli-ahli kesatuan.
Apa yang membuatkan pihak kesatuan terpanggil untuk menwujudkan satu insuran berkelompok ini kerana pihak kesatuan banyak menerima aduan dan keluh kesah dari ahli-ahli yang selama ini bekerja dalam keadaan sesuasana kerja yang membimbangkan untuk itu pihak kesatuan memandang serius masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kesatuan.
Dengan itu, pihak kesatuan telah sebulat suara besetuju untuk menwujudkan satu insuran perlindungan secara berkelompok dari pihak Etiqa Takaful Insuran. Dengan adanya insuran perlindungan ini, nasib ahli-ahli akan terbela apabila berlakunya sesuatu musibah
Oleh itu, pihak kesatuan menyeru supaya ahli-ahli dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kesatuan dalam usaha menjayakannya,supaya nasib ahli-ahli kesatuan terbela dimasa hadapan.
Ahad, 23 Oktober 2016
KESATUAN MEMBUAT LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA AHLI YANG MENDAPAT MUSIBAH
Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia telah membuat lawatan dan turut juga membuat sumbangan kepada ahli yang telah mendapat musibah.Ahli tersebut ialah:
- Puan Rahimah Binti Yusof yang bertugas di KP Batu Rakit,Terengganu.
2. Puan Yati Binti Ismail yang bertugas di KP Seberang Takir,Terengganu.
Pihak Kesatuan Berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh Puan Rahimah dan Puan Yati. Dengan rasa rendah diri dan simpati pihak kesatuan mendoakan semoga Allah memberi kesejahteraan serta kesihatan yang baik kepada Puan Rahimah dan Puan Yati...Amin
Khamis, 20 Oktober 2016
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA ( EXCO ) KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA BIL.1 PENGGAL 2016-2018
Pihak Kesatuan telah mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja ( Exco ) Kesatuan Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia Bil. 1 Penggal 2016-2018 pada 27hb Ogos 2016 bertempat di Bilik Meyuarat Klinik Pergigian Marang, Terengganu.
6. Lain-lain Hal
Mesyuarat diadakan bagi bertujuan membincangkan isu-isu dan agenda-agenda seperti:
1. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
2. Perkara-Perkara Berbangkit
3. Membentangkan Laporan Kewangan dan Keahlian
4. Laporan Tentang Ahli-ahli Yang Menerima Musibah
5. Pembentangan Usul-Usul
1. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
2. Perkara-Perkara Berbangkit
3. Membentangkan Laporan Kewangan dan Keahlian
4. Laporan Tentang Ahli-ahli Yang Menerima Musibah
5. Pembentangan Usul-Usul
6. Lain-lain Hal
Jumaat, 29 Julai 2016
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 24 KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGAN MALAYSIA
Syukur ke hadrat ilahi..mesyuarat agung dwi tahunan kali ke 24 bagi kesatuan pembantu pembedahan pergigian malaysia telah berlansung dengan jayanya pada 28 mei 2016. Dengan adanya mesyuarat agung sebegini pihak kesatuan dapat memberi pencerahan dan mendengar keluhan dari ahli-ahlinya ..tarikh bersejarah ni juga telah memberi kenangan manis bagi kesemua ahli pembantu pembedahan pegigian malaysia...semoga mesyuarat agung yang akan datang dapat memberi manfaat kepada semua ahli-ahlinya...
Jumaat, 24 Jun 2016
Langgan:
Catatan (Atom)






















