Ahad, 8 Mei 2016

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 24 KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 
 
 
 
 
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 24
 
KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
 
28 MEI 2016
 
DEWAN SRI TUNJONG,
 
KOMPLEKS JABATAN PENDIDIKAN,
 
NEGERI KELANTAN


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA ( EXCO ) KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA BIL.6 PENGGAL 2014-2016

Pihak Kesatuan mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja ( Exco ) Kesatuan Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia Bil.6 Penggal 2014-2016 pada 23 April 2016 bertempat di Hotel May View, Pudu, Kuala Lumpur.

Mesyuarat diadakan bagi bertujuan membincangkan isu-isu dan agenda-agenda seperti:

 1. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

 2. Perkara-Perkara Berbangkit

 3. Membentangkan Laporan Kewangan dan Keahlian

 4. Laporan Pra AGM Yang Ke 24

 5. Pembentangan Usul-Usul

 6. Lain-lain Hal







LAWATAN MUHIBAH PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN KE ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD ( ANGKASA )

Pihak Kesatauan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia ( KPPPSM ) telah mengadakan lawatan muhibah ke Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad  ( ANGKASA ) bertarikh 22 April 2016. Lawatan berlangsung dengan jayanya dan disambut baik oleh pihak Angkasa...
















 

Sabtu, 7 Mei 2016

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL-WAKIL KESATUAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN SEMENANJUNG MALAYSIA BERSAMA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Perjumpaan telah diadakan dengan jayanya pada 21 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SUB, Kementerian Kesihatan Malaysia , Aras 10, blok E7, Komplek E, 62590 W.P.PUTRAJAYA....



 



 

Jumaat, 12 Oktober 2012

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER



Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

KETUA JABATAN DIINGATKAN BERI PERHATIAN KENAIKAN PANGKAT DAN GAJI PETUGAS - ALI HAMSA



Bernama
12/10/2012
SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) -- Ketua-ketua jabatan kerajaan diminta memberi perhatian berhubung kebajikan petugas bawahan mereka terutama dalam soal kenaikan pangkat dan gaji dalam program 'turun padang' meninjau tahap perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana penjawat awam sering diminta memberikan perkhidmatan berkualiti tetapi kebajikan mereka berhubung soal perjawatan tidak diambil peduli.
 

Dalam pertemuannya dengan penjawat awam persekutuan dan negeri di sini hari ini, Ali berkata penjawat awam perlu menikmati kenaikan gaji dari tahun ke tahun kerana jika tiada kenaikan, nilai gaji yang diterima mereka akan semakin berkurangan kesan daripada kadar inflasi.
 

Katanya penjawat awam terutama daripada kumpulan sokongan harus mendapat unjuran gaji sebaik mungkin sehingga tamat perkhidmatan agar mereka tidak tergolong dalam golongan miskin, apabila bersara kelak.
 

Memandangkan pesara kerajaan juga menikmati kenaikan pencen dua peratus setahun, beliau berpendapat penjawat awam perlu mendapatkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi negara.
 

Bagi kumpulan pegawai pula, beliau berkata ketua jabatan perlu memastikan kumpulan ini mencapai gred pangkat yang tinggi sebelum bersara, dengan syarat mereka tidak mempunyai masalah disiplin dan mendapat markah 80 peratus ke atas dalam laporan penilaian prestasi tahunan mereka.
 

Beliau memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan.
 

Sehubungan itu, beliau berharap skim perjawatan lain perlu menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah perjawatan dan gaji statik untuk jangka masa panjang.
 

Sementara itu, dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi memaklumkan jumlah penjawat awam di negeri ini ialah 17,200 orang dan Selangor perlu mengisi 3,800 jawatan kosong.
 

Katanya penambahan petugas itu diperlukan memandangkan kepadatan penduduk dan kemahuan untuk perkhidmatan terbaik daripada penduduk.
 

-- BERNAMA

Jumaat, 4 Mei 2012

13 POKOK DITANAM SIMBOLIK SAMBUTAN HARI PEKERJA



Utusan Malaysia
Rushdi Salleh
2/5/2012



Adnan Yaacob bersama Omar Osman (kiri) menanam pokok di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah
Kuantan pada program Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Pekerja di Kuantan, semalam. 
KUANTAN 1 Mei - Sebanyak 13 batang pokok Meranti Tembaga ditanam di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan pada program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Pekerja di sini semalam.Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob turut bersama-sama kakitangan dari seluruh negara menanam pokok tersebut sebagai tanda simbolik sambutan berkenaan.
Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, program itu merupakan satu transformasi sempena menyambut Hari Pekerja berbanding tahun sebelum ini."Usaha menghijaukan bumi Malaysia bukan sahaja terletak pada tangan sesetengah pihak sahaja, malah kakitangan awam turut terlibat