Khamis, 18 Februari 2010

LEBIH 40 JABATAN TAK BAYAR ELAUN KERJA LEBIH MASA

Berita Harian

15/2/2010

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan sektor awam kumpulan sokongan tidak akan melakukan kerja lebih masa bermula minggu depan kerana mendakwa elaun kerja lebih masa mereka kini digantikan dengan cuti rehat. Sambil menyifatkan ia bukan ugutan, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kesatuan juga tidak membuat dakwaan 'kosong' sebaliknya menerima banyak aduan sejak tiga bulan lalu. Omar berkata, walaupun cuti rehat itu salah satu usaha jabatan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, langkah berkenaan boleh memberi kesan negatif bukan saja kepada kakitangan awam terbabit, malah boleh menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

Beliau mendakwa aduan diterimanya daripada ahli kesatuan mendapati lebih 40 jabatan sudah tidak membayar elaun lebih masa sejak tiga bulan lalu, sebaliknya menggalakkan mereka menggantikannya dengan cuti rehat. "Bukan itu saja, Cuepacs juga menerima aduan daripada ahli bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing akan dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan. "Kita melihat tindakan ini amat keterlaluan. Anggota sektor awam sentiasa berdedikasi untuk berkhidmat tetapi pada masa sama, pendapatan (bayaran lebih masa) mereka tidak seharusnya disekat kerana mereka bukannya berpendapatan tinggi.

"Kongres Cuepacs akan diadakan 25 Februari ini bagi membincangkan isu pembayaran kerja lebih masa," katanya ketika dihubungi, semalam. Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi menghalang pembayaran elaun lebih masa kepada jabatan kerajaan

CUEPACS TUNTUT KERJA LEBIH MASA DIBAYAR TUNAI

Bernama

11/2/2010

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu. Katanya, untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti.

"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, untuk menyelesaikan isu itu. Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk "mengurangkan kos" dan juga untuk "meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan" jabatan berkenaan.

Seorang ketua jabatan berkata, sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan memerlukan kerjasama kakitangan untuk bekerja lebih masa. Katanya, disebabkan peruntukan untuk kerja lebih masa tidak mencukupi, jabatan memperkenalkan sistem menawarkan cuti. "Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," katanya. - Bernama

TIADA ARAHAN KERJA LEBIH MASA DIGANTI CUTI REHAT

Berita Harian

Oleh Syuhada Choo Abdullah

choo@bharian.com.my

11/2/2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk menghalang pemberian bayaran tunai kepada kakitangan awam yang bekerja lebih masa dan digantikannya dengan cuti rehat. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam (gambar), berkata kakitangan sokongan memang layak mendapat elaun kerja lebih masa, justeru terpulang kepada kecekapan sesebuah jabatan untuk menguruskan keperluan kewangan. “Setiap jabatan kerajaan mendapat peruntukan masing-masing, maka kena pandai urus sendiri supaya ia memenuhi keperluan tanpa melebihi bajet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ismail berkata, dakwaan bahawa kakitangan sokongan diberi cuti rehat bagi menggantikan bayaran tunai untuk kerja lebih masa, mungkin adalah langkah yang diambil oleh sesebuah jabatan atas inisiatif sendiri. Berhubung hasrat Cuepacs untuk mengadakan pertemuan dengannya untuk menyelesaikan isu berkenaan, beliau berkata, mereka perlu memberi maklumat terperinci, bukan kenyataan secara rambang, kerana jika membabitkan badan berkanun, ia tidak berkaitan dengan beliau. Sementara itu, Cuepacs dilaporkan menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember lalu. “Bagi setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti. Kami menganggap ia satu eksploitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja serta menjejaskan produktiviti,” katanya. Langkah sedemikian dilaksanakan untuk ‘mengurangkan kos’ dan juga untuk ‘meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan’ jabatan berkenaan. “Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa. Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti,” kata seorang ketua jabatan.

Kecuali untuk beberapa pekerja, katanya, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang.

Khamis, 11 Februari 2010

Kelayakan Pemberian Bantuan Sara Hidup Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mengikut Kursus/ Cuti Belajar Jangka Panjang

sila klik
http://www.jpa.gov.my/docs/se/2010/se10022010.pdf

Jumaat, 5 Februari 2010

Iklan Pemangkuan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 ke Gred U22

Semua DSA yang layak sila mohon sebelum 25.2.2010

Sila klik ke
http://www.moh.gov.my/
http://humanres.moh.gov.my/modules/news/

CUTI TANPA REKOD 42 HARI UNTUK PENJAWAT AWAM DERMA ORGAN

Bernama
4/2/2010

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau berkata, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran. "Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am,"
"Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan," katanya dalam pekeliling itu yang difakskan kepada Bernama hari ini. Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital. "Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja, " katanya. - Bernama